.

Khamis, 26 November 2009

Belut Sebagai Sumber Tenaga, Protein dan Vitamin


Belut mempunyai nilai energi yang tinggi, yaitu 303 kkal per 100 gram daging. Nilai energi belut jauh lebih tinggi dibandingkan telur (162 kkal/ 100 g tanpa kulit) dan daging sapi (207 kkal per 100 g).

Nilai protein pada belut (18,4 g/ 100 g daging) setara dengan protein daging lembu (18,8 g/ 100g), tetapi lebih tinggi dari protein telur (12,8 g/100 g).

Protein belut juga kaya akan beberapa asid amino yang memiliki kualiti cukup baik, iaitu leusin, lisin, asam aspartat, dan asam glutamat. Leusin dan isoleusin merupakan asid amino yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak dan menjaga keseimbangan nitrogen pada orang dewasa.

Leusin juga berguna untuk perubahan dan pembentukan protein otot. Asid glutamat sangat diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan asid aspartat untuk membantu kerja neurotransmitter.

Tingginya kadar asid glutamat pada belut menjadikan belut berasa enak. Dalam proses pemasakannya tidak perlu ditambah bahan penyedap misalnya ajinomoto monosodium glutamat (MSG).

Kandungan arginin pada belut dapat mempengaruhi pengeluaran hormon pertumbuhan manusia yang popular dengan sebutan human growth hormone (HGH).

HGH ini yang akan membantu meningkatkan kesehatan otot dan mengurangi penumpukan lemak di tubuh. Hasil ujian makmal juga menunjukkan bahwa arginin berfungsi menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

Banyak lagi yang terdapat pada belut seperti garam mineral dan vitamin sebagaimana dibawah;

1. Zat besi (20 mg/100 g), jauh lebih tinggi dibandingkan zat besi pada telur dan daging (2,8 mg/ 100g).

2.
Vitamin A yang mencapai 1.600 SI per 100 g vitamin A juga sangat diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, penglihatan, dan reproduksi.

3. Fosfor; fungsi utama fosfor adlah sebagai pemberi tenaga dan kekuatan pada metabolisme lemak dan karbohidrat

4. Vitamin B; ia sangat penting bagi otak untuk berfungsi normal, membantu membentuk protein, hormon, dan sel darah merah.

5. Vitamin D yang cukup tinggi, 10 kali ganda daging dan 50 kali gand vitamin D yang terdapat pada susu. Vitamin D sangat berguna bagi tubuh untuk membantu penyerapan kalsium

NR CafĂ© menyediakan menu special ‘SUP BELUT’ pada setiap hari. Klik pada pilihan menu kami

Video Klip Santai NR Cafe Part 2

Video Klip Dalam Rancangan Terbitan RTM 'Panorama' Bahagian 2

Video Klip Santai NR Cafe Part 1

Video Klip Dalam Rancangan Terbitan RTM 'Panorama' Bahagian 1

Jumaat, 20 November 2009

Sambutan Keraian Sekeluarga Sambil Bersantai di NR Cafe


Semalam, sekumpulan pengunjung telah datang menjamu selera sambil bersantai di NR Cafe. Kami mengucapkan terima kasih dan tidak mahu menganggu 'privasi' serta 'mood' keraian !

Justeru, kami tidak perlu menanya apakah progarm yang diadakan. Namun kelihatannya ada 'kek' yang dibawa bagi memeriahkan sambutan keraian tersebut, mungkin umpama sambutan 'sekeluarga'.

Walau bagaimana pun lensa kami di NR Cafe merakam sedikit detik-detik semalam.

Khamis, 19 November 2009

Khasiat Cendawan

Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
..
Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.
..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
Cendawan Hericum erinaceum atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...
Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.

NR Cafe menyediakan cendawan sebagai pilihan sayurannya dalam menu yang dihidangkan Lihat Menu Kami

Selasa, 17 November 2009

Makan-makan Menjadikan Sentiasa Berjiwa Muda




Semalam sekumpulan anak-anak muda berkunjung ke NR Cafe. Mereka menjamu selera sambil menghayati privasi sebuah kehidupan dalam taman, konsep Restoran NR Cafe



Terima kasih kerana makan-makan dan bersantai di NR Cafe, Datanglah lagi bila ada waktu untuk makan-makan dan bersantai !